Friday, March 23, 2007

Adsense

INTRO
Beberapa tahun yang lalu, Google mula menerima pemasangan iklan via banner dalam setiap proses pencarian via www.google.com. Google menyebut programnya ini dengan nama : Google Adwords. Kemudian Google juga menawarkan kepada para pemilik website untuk ikut menampilkan iklan dari Google ini, dengan bayaran system bagi hasil 'pembayaran setiap klik' .

Jadi jika pemasang iklan via Adwords membayar sekian dollar/sen kepada Google untuk setiap klik iklan mereka, maka sebahagian akan diberikan ke pemilik website yang ikut program ini, disebut Google Adsense.
Dari pengamatan saya, member Google Adsense terbahagi kepada 2 kumpulan:

1-Websitenya yang menggantungkan 100% dari Adsense
2-Adsense digunakan sebagai penghasilan tambahan dari content asli website itu.

Ciri-ciri no. 1 :Kandungan website tidak adanya content yang kuat, contoh: Blog
Ciri-ciri no. 2 :Kandungan websitenya berisikan content yang jelas , misal : kedai online, laman komuniti, product barang, dll.

LANGKAH MENDAFTAR KE GOOGLE ADSENSE :

1-Sebelum mendaftar, siapkan website yang akan didaftarkan, website berbahasa Inggeris lebih baik dari pada berbahasa Malaysia. Mempunyai domain sendiri adalah lebih baik supaya diterima oleh google. Website ini hanya untuk saat pendaftaran, kerana selepas diterima permohonan Adsense Google mampu menerima sehingga 200 website dalam satu account. Pastikan website anda yang sudah mempunyai kandungan dan jelas isi kandungannya ketika mendaftar. klik disini untuk mendaftar

2-Ketika mendaftar, anda perlu berhati-hati, jangan memasukkan informasi yang salah atau tidak tepat, Ini kerana ia akan membabitkan masalah pembayaran.Terutamanya NAMA dan ALAMAT jangan sampai tersalah setiap ejaan. Jika berlaku kesilapan data tadi, anda akan mempunyai masalah di saat menerima pembayaran (Cek). Pastikan ianya sama seperti Kad Pengenalan anda.

LANGKAH SETELAH PERMOHONAN ANDA DITERIMA.1- Masukkan kod script adsense ke website anda.

2-Promosikan website anda. Cara untuk promosi terlalu banyak. Bentuk promosi yang paling baik adalah melalui Search Engine dengar mendaftar website anda di situ. Ada 3 search engine yang paling penting dan tersohor : 1. Google, 2. Yahoo dan 3. MSN

3- Jangan cuba melakukan spam dengan cara sering meng-klik iklan google di website anda sendiri. Jika dapat dikesan,akaun anda boleh di banned oleh system di GA (Google Adsense). Sistem mengesan sah atau tidak sesuatu klik pada banner iklan adsense itu amat canggih, tidak hanya berdasarkan ip address saja, tetapi berdasarkan beberapa kriteria tertentu. Anda tidak perlu tahu bagaimana sistem canggih yang digunakan tetapi fokuskan bagaimana membuat promosi dan memperkasakan isi content website anda supaya mampu menarik pengunjung yang lebih ramai.

KAEDAH PEMBAYARAN OLEH GOOGLE .
1-Ketika pendapatan anda di GA mencapai USD50, maka anda akan dihantar no pin untuk pengesahan, namun ini jarang berlaku. Jika anda tidak menerimanya ia tidak menjadi masalah.

2-Setelah jumlah pembayaran kepada anda telah mencapai USD100 ke atas, maka pihak Google akan segera membuat sebuah cek untuk anda dan akan menghantarnya ke alamat yang anda isi ketika membuat pendaftaran/permohonan.
3-Pengirimanan cek oleh Google mempunyai dua cara:

i-Melalui pos biasa (lebih kurang sebulan akan sampai). Kos pengiriman ini adalah percuma(ditanggung oleh Google)

ii-. Melalui courier (DHL/Fedex), memakan masa lebih kurang seminggu anda akan menerimanya. Kos penghantarannya ialah USD24 untuk setiap kirim.


4-Cek Google biasanya dari Bank HSBC atau Citibank.

5-Untuk proses penukaran cek, anda boleh tunaikan di bank-bank tempatan dan akan dikenakan sedikit 'charge'. Charge yang dikenakan bergantung pada bank tersebut. Bank Islam RM10..

HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN
1-Setelah pendapatan anda mencapai USD100 dan ianya dihantar melalui pos biasa, anda akan menerima duit tunai itu boleh memakan masa paling lewat 2 bulan (1 bulan untuk proses penghantaran, 1 bulan untuk ditunaikan di bank). Tempohnya memang agak lama, namun anggap sahaja ianya adalah umpama pelaburan jangka panjang.

2-Jika pendapatan anda belum besar dan anda tidak tergesa-gesa untuk menerimanya, lebih baik duit dari akaun Google Adsense anda itu diperam dahulu. Kumpulkan hasi
l dari beberapa bulan dulu , jika sudah dirasa besar jumlahnya, barulah minta dikirim!.Kirimlah melalui DHL/Fedex untuk lebih cepat dan lebih selamat kerana jumlah yang anda akan terima adalah lumayan. -ini hanya satu cadangan-

3- Jika pengiriman melalui pos biasa tetapi dalam tempoh 1 bulanpun belum sampai, anda boleh minta cek itu diganti semula. Dan cek yang terdahulu secara automatik tidak akan laku. Cek hanya boleh ditunaikan oleh sipenama yang tertera dalam cek itu sahaja.

PENUTUP
Google Adsense adalah suatu bentuk Internet Marketing yang terbaik. Boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan(side income) bagi mereka yang sudah berkerjaya atau boleh dijadikan sebagai pendapatan tetap bagi mereka yang belum bekerjaya. Pada peringkat awal, anda harus mestilah berusaha lebih dan memberi komitmen seperti mengupdate isikandungan website dan membuat promosi dan terus membuat promosi. Setelah anda mempunyai hasil yang besar , maka boleh dikatakan bahawa pendapatan anda akan terus stabil di angka itu untuk setiap bulan. Semakin banyak promosi anda mampu meraih pendapatan yang lebih besar setiap bulan.

Jangan mengharapkan dalam tempoh yang singkat anda akan dapat hasil yang bertimbun. Ia bergantung pada masa, isi kandungan website dan promosi anda!. Menurut pengalaman mereka yang berjaya, pada peringkat awalnya hanya terima sekitar USD100 sebulan Namun,lama kelamaan ada yang mencapai USD1000 sebulan. Anda juga mampu memperolehinya.Yakin dan Percayalah.

Tapi bagi anda yang ingin mengetahui Rahasia Melipatgandakan Dollar dari Google Adsense Dalam Beberapa Jam, Rahasia Yang 98% Para Pebisnis Adsense Tidak Mengetahuinya! Rahasia Untuk Mendapatkan Penghasilan Minimal $4500/bulan Dari Google Adsense dengan menggunakan Metode Instant, Metode ini dapat diterapkan dengan mudah, walaupun anda masih baru atau pemula bahkan yang awam sekalipun di Bisnis Adsense karena metode akan mengulasnya dari awal. Dapat rahasianya di:
http://adsense-x-files.com/?id=vampire_surfer

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More